Thursday, 15 September 2011

Kata-kata itu satu doa

Betul ataupun salah aku tidaklah mengetahui nya namun ramai yang mengatakan kata-kata itu satu doa dan oleh kerana itu kita kenalah berhati-hati bila berkata-kata. Ada juga yang mengatakan masing mulut apabila seseorang berkata sesuatu dan ianya menjadi kenyataan. Kalau dah mulut tu masin jangan lah asyik nak mengata orang lak.

Pada aku kekadang perbualan dan apa yang keluar daripada mulut seseorang tu bergantung kepada tahap education, keadaan semasa dan macam2 lagi...dengan kata-kata sahaja kita boleh mengetahui bahawa orang itu menyukai kita ataupun tidak. Ada dalam satu cerita kisah nabi dan sahabatnya yang saya baca yang mengatakan bahawa lidahlah punca segala-galanya. Inilah antara sebab kenapa kita digalakkan untuk bercakap perkara yang baik-baik sahaja dan menghindar perkataan yang buruk. Semua benda disekeliling kita ada tenaga@aura tersendiri, semuanya terletak pada diri kita untuk bagaimana tenaga@aura itu berada dalam keadaan positif atau negatif. Doa adalah senjata orang mukmin, dalam apa saja keadaan dan perbuatan kita sebagai Muslim, kita disarankan untuk sentiasa berdoa memohon yang baik-baik. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-sebesar perkara. Nak ke tandas pun disaran berdoa, nak makan, nak pakai baju, naik kenderaan, nak kaya, nak tenang, semua ada doa dan kata-kata indah yang diungkapkan, semuanya positif.

Kebanyakan dari kita main cakap je apa yang kita nak cakap.Asalkan hati puas kita tak fikir apa lagi dah.Orang tua2 selalu pesan yang ‘Kata-kata itu satu doa.Kalau disebut 44 kali benda tu jadi betul’.Tapi kita asyik fikir takkanlah kita akan sebut benda tu 44 kali kan.Korang kira ke?hak3…

Dalam kehidupan kita kadang2 tak sedar apa yang jadi itu adalah permintaan kita secara tak disedari.Kita suka cakap benda2 negatif walaupun perkataan itu tertuju pada diri sendiri.Betul tak?Ok saya tunjukkan apa maksud saya melalui situasi2 berikut :

1) SITUASI 1 

Orang 1 : Bro pinjam duit boleh aku tengah kering.
orang 2 : Alamak bro akupun TAKDE DUIT

Korang tengok apa yang mamat tu cakap.Kan lebih elok kalau dia cakap duit ngam2 ataupun gunakan perkataan KURANG.

2) SITUASI 2

Orang 1 : Alamak apa lah dia ni.MATI lagi bagus!

Selalunya kita cakap ayat kat atas ni kat orang yang kita sayang.Tapi bila dia dah takde mulalah menangis menaglir air mata macam sungai Nil.

Saya bagi dua contoh je dulu ye.So apa kata lepas ni kita berfikir sebelum kita bercakap.Ingat dan tanam kat dalam diri bahawa apa yang kita cakap itu adalah doa dan ia mungkin boleh terjadi.Sebab kita ni pelupa dan tak suka nak makan kismis doa selalu.Then kitapun bukan kira berapa banyak kali kita cakap benda2 negatif tu.Apa kata kita cakap benda yang positif dalam kehidupan. Kekadang kita ni kl nak cakap benda positif pk banyak kali takut orang kata kita riak...takut sangat..ataupun takut orang kata kita cakap besar..dah kita cakap berlebih kenapa...apa kata kl kita kata kat anak @ suami kita...sambil-sambil bagi dia semangat...InsaAllah Yang tak lama lagi hidup kita akan berubah...kita takkan susah lagi dan kita akan boleh beli macam2 yang anak kita hendak...
 
entahlah...rasanya aku dah mengarut dah....
 

No comments:

Post a Comment