Saturday, 2 July 2011

Anak oh anak

Berapa jumlah anak sebenarnya yang paling ideal untuk satu keluarga itu? Bagi aku lah ianya merangkumi semua sekali..ekonomi, fizikal dan mental ibu dan ayah, persekitaran dan sebagainya. Aku paling tak suka andainya ada yang menyatakan bahawa apa yang penting adalah kualiti bukannya kuantiti. Kualiti dalam menghasilkan anak? Apa yang mereka nilaikan? Anak2 yang pandai...sihat...ataupun cantik? Bab kata orang kecantikan akan pudar...kesihatan akan luntur dan kepandaian..adakah merangkumi semua...Kualiti yang mereka nilaikan itu...andai mereka boleh hasilkan kenapa tidak menghasilkan anak berkualiti seramai mungkin untuk kemajuan bangsa, negara dan agama. Untuk aku cukuplah 3 orang..bukan disebabkan anak2 yang keluar dari perut aku tidak berkualiti @ sebagainya tapi kerana ketahanan mental aku kurang terutama sekali dalam menghadapi ragam anak2. Aku tak mahu satu hari nanti aku menjadi seorang ibu yang mendera anaknya. itupun aku tidak pasti adakah aku dapat mendidik mereka sepenuhnya untuk menjadi seorang insan yang soleh dan solehah sedangkan aku sendiri perlukan bimbingan ke arah itu. cukuplah 3 yang akan mendoakan kesejahteraan aku di akhirat nanti dan akan sedekahkan aku alfatihah agar aku terlepas daripada seksaannya nanti. Anak-anak ibarat kain putih dan ibubapalah yang akan mencoraknya. Itulah yang aku pegang hari ini. Tentang ekonomi..itupun merisaukan namun bagi aku setiap orang anak telah ditentukan rezekinya. Bagi yang 3 ini masih lagi mental aku bersedia dan aku bisa lagi menghadapinya walaupun kekadang aku merasakan susahnya untuk melentur dan membentuk mereka. Bukan aku pinta mereka bijak dan pandai tapi cukuplah seandainya mereka tahu hukum hakam dan boleh membawa diri mereka di arus kehidupan sekarang yang amatlah mencabar. Tak banyak yang ibu pinta dari kamu anak2. Seandainya ada yang tidak sependapat dengan aku itu adalah hak masing2 dan ini adalah hak dan pendapat aku.

No comments:

Post a Comment