22/6/2011
Semalam aku rasa ingin mengamuk bila kerja rumah yang sentiasa ada dan kerja pejabat yang berlambak-lambak membuatkan aku tension sangat. Tambahan dengan anak-anak yang asyik melawan sahaja sekarang ni dan tidak peduli suruhan ibunya. Si kecil pulak batuk dan selsema, walaupun dia tidak merengek namun aku tidak ingin mengabaikan dia apabila dia berkeadaan macam tu. Ayahnya jugak membuatkan aku tension bila dia bukannya nak menolong tapi asyik aje menonton televisyen...mungkin sebab dia pun ta ksedap badan.
Hari ini pula aku dikehendaki pergi ke Semenyih. buat apa aku di sana sedangkan tidak ada apa yang boleh aku buat kecuali memerhati sahaja. Merugikan duit aje bila aku claim nanti, lagipun kerja-kerja di pejabat banyak buat masa sekarang kerana kami akan mengadakan mesyuarat agung ke 30 pada hari sabtu ni. tensionnya aku. dalam kepala aku pula semak dengan keadaan anak dan suami di rumah.
uhh..cepatlah hari ini berlalu......
No comments:
Post a Comment