Monday, 27 June 2011

Batuk ooh..batuk


Hari ni dah masuk hari ketiga Athira batuk dan selsema...demam tiada.suhu badannya masih lagi di paras normal. Risau jugak sebab dadanya dah berbunyi-bunyi. Agaknya kahak dah banyak. Makin risau apabila teringat kat anak orang yang tinggal di tingkat 3 pangsapuri ini yang meninggal awal tahun ni di sebabkan kahak yang banyak dan merosakkan peparunya semasa berusia 3 bulan. Baya Athira le tu...
Si kakak dulu pernah kena macam ni dan kami juga beri dia ubat tapi tak jalan akhirnya kami menggunakan petua orang lama iaitu menggunakan daun kadok dan kapur...uhhh..payah nak cari tu...ibu dah mati akal...teringat pula semasa tinggal di Sungai Merab dulu ..depan rumah jiran ada daun tu..jadi selepas mesyuarat hari sabtu ibu redah ke Sungai Merab walaupun tak tahu jiran tu masih lagi menyewa di situ ataupun tidak. Demi anak terpaksa lah. Alhamdullilah..ada lagi pokok tu dan jiran tu masih lagi tinggal di sana. Malam ni kita lumur dada,belakang dan perut Athira dengan daun itu dan kita lihat sahajalah kesannya. Mungkin jugak terpaksa membuatnya 2/3 kali. harap-harap dia akan sembuh.

No comments:

Post a Comment