Friday, 11 November 2011

LENALAH BERADU WAHAI PUTERIKU...

Beberapa malam ni si Athira tak berapa lena tidonya..tak tahulah kenapa...tidurnyapun makin kurang...hum penat ibu dibuatnya. Sudahlah dia tak nak dengan orang lain walaupun ayahnya sekali dan tak boleh langsung nak berenggang...huh..nak buat kerjapun tak boleh...

Sekarang ni tengah dok cari cara macamana nak buat dia boleh berdikari...tolonglah....nanti kl ada caranya saya up date kat sini..mana tahu masa depan anak2 lak boleh gunakan.

MELENAKAN BAYI TIDUR

Apabila bayi menangis waktu malam, tunggu beberapa minit untuk melihat bayi akan tidur semula. Jika masih menangis, angkat dan dukung seketika atau diberi susu. Jika masih menangis, tenangkan dengan suara anda.

Tepuk bayi sehingga tidur tetapi jangan dukungnya kecuali bayi meragam teruk. Lakukan beberapa minggu bagi membantu mendapatkan jadual tidur yang sempurna.

1. Urutan
Urut bayi dengan urutan asas iaitu di seluruh tubuhnya iaitu kaki, tangan dan badan. Untuk membantu bayi tidur dengan lebih lena. Lakukan urutan dengan lembut ke seluruh tubuhnya selepas bayi mandi. Pakai le minyak jonson ke apa ke..pakai yang aromaterapy (warna ungu tu)...Ni boleh elak bayi kembung jugak...kata orang urut2 ni boleh rapatkan anak dengan ibu..huh..mungkin sebab itulah Athira tak boleh berengang dengan mak dia...

2. Mendodoikan anak dengan lembut
Bayi akan berasa selesa apabila berada dalam dakapan anda. Dodoikan bayi di lengan anda. Cara ini mengambil masa kerana bayi mungkin terjaga apabila anda meletakkannya di katil bayi. cara ni paling malas dilakukan..kekeh..pemalaskan..ya lah ibunya mengantuk sesangat le...

3.Menggosok/ tepuk
Perut bayi digosok secara berirama untuk membuatnya rasa lega dan membantunya tidur lena. Rentak gosokkan perlu konsisten untuk mengelak bayi terganggu dan terjaga. Apabila bayi sudah tidur nyenyak berhenti gosokan. Jangan marah ya...orang kata baby anak link dengan kita kl perasaaan kita tengah marah diapun tak tenang...dia dah faham perasaan kita..macam Athira kl kita marah wl dengan suara pelahan dia faham dan makin kuat le dia meraung...

4.Dukung pada bahu
Bayi merasa selamat dan selesa dengan cara dukungan ini. Nyanyikan lagu sambil mengerakkan tubuh anda agar bayi dapat tidur lena. Selalunya ibu akan cipta lagu sendiri seperti Baby2 ulat...athira2 tiramisu ibu....ulang2 benda sama aje.....

5.Balutan
Apabila bayi sudah tidur, balut bayi dengan selimut yang nipis. Masukkan tangan bayi dalam selimut dan balut. Jangan terlalu ketat. Cara ini membuatkan bayi merasa selamat dan dapat membantunya tidur dengan lena. Athira memang kena balut..kl tak dia takkan tidur..dia akan merangkak merata...bergerak aje..kl dah tak boleh bergerak tangan dan kaki..mata dia kuyu dan terus tertido...

Thursday, 15 September 2011

Kata-kata itu satu doa

Betul ataupun salah aku tidaklah mengetahui nya namun ramai yang mengatakan kata-kata itu satu doa dan oleh kerana itu kita kenalah berhati-hati bila berkata-kata. Ada juga yang mengatakan masing mulut apabila seseorang berkata sesuatu dan ianya menjadi kenyataan. Kalau dah mulut tu masin jangan lah asyik nak mengata orang lak.

Pada aku kekadang perbualan dan apa yang keluar daripada mulut seseorang tu bergantung kepada tahap education, keadaan semasa dan macam2 lagi...dengan kata-kata sahaja kita boleh mengetahui bahawa orang itu menyukai kita ataupun tidak. Ada dalam satu cerita kisah nabi dan sahabatnya yang saya baca yang mengatakan bahawa lidahlah punca segala-galanya. Inilah antara sebab kenapa kita digalakkan untuk bercakap perkara yang baik-baik sahaja dan menghindar perkataan yang buruk. Semua benda disekeliling kita ada tenaga@aura tersendiri, semuanya terletak pada diri kita untuk bagaimana tenaga@aura itu berada dalam keadaan positif atau negatif. Doa adalah senjata orang mukmin, dalam apa saja keadaan dan perbuatan kita sebagai Muslim, kita disarankan untuk sentiasa berdoa memohon yang baik-baik. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-sebesar perkara. Nak ke tandas pun disaran berdoa, nak makan, nak pakai baju, naik kenderaan, nak kaya, nak tenang, semua ada doa dan kata-kata indah yang diungkapkan, semuanya positif.

Kebanyakan dari kita main cakap je apa yang kita nak cakap.Asalkan hati puas kita tak fikir apa lagi dah.Orang tua2 selalu pesan yang ‘Kata-kata itu satu doa.Kalau disebut 44 kali benda tu jadi betul’.Tapi kita asyik fikir takkanlah kita akan sebut benda tu 44 kali kan.Korang kira ke?hak3…

Dalam kehidupan kita kadang2 tak sedar apa yang jadi itu adalah permintaan kita secara tak disedari.Kita suka cakap benda2 negatif walaupun perkataan itu tertuju pada diri sendiri.Betul tak?Ok saya tunjukkan apa maksud saya melalui situasi2 berikut :

1) SITUASI 1 

Orang 1 : Bro pinjam duit boleh aku tengah kering.
orang 2 : Alamak bro akupun TAKDE DUIT

Korang tengok apa yang mamat tu cakap.Kan lebih elok kalau dia cakap duit ngam2 ataupun gunakan perkataan KURANG.

2) SITUASI 2

Orang 1 : Alamak apa lah dia ni.MATI lagi bagus!

Selalunya kita cakap ayat kat atas ni kat orang yang kita sayang.Tapi bila dia dah takde mulalah menangis menaglir air mata macam sungai Nil.

Saya bagi dua contoh je dulu ye.So apa kata lepas ni kita berfikir sebelum kita bercakap.Ingat dan tanam kat dalam diri bahawa apa yang kita cakap itu adalah doa dan ia mungkin boleh terjadi.Sebab kita ni pelupa dan tak suka nak makan kismis doa selalu.Then kitapun bukan kira berapa banyak kali kita cakap benda2 negatif tu.Apa kata kita cakap benda yang positif dalam kehidupan. Kekadang kita ni kl nak cakap benda positif pk banyak kali takut orang kata kita riak...takut sangat..ataupun takut orang kata kita cakap besar..dah kita cakap berlebih kenapa...apa kata kl kita kata kat anak @ suami kita...sambil-sambil bagi dia semangat...InsaAllah Yang tak lama lagi hidup kita akan berubah...kita takkan susah lagi dan kita akan boleh beli macam2 yang anak kita hendak...
 
entahlah...rasanya aku dah mengarut dah....
 

Wednesday, 10 August 2011

anak kecilku

Dah lama aku tidak menulis di sini...kesibukan kerja dan kesibukan dirumah membuatkan aku tidak ada masa untuk semua ini. Ditambah dengan keadaan kesihatan anak kecilku yang tidak lagi recover daripada batuknya malah ianya makin teruk. Ya Allah kekadang aku tidak sanggup melihat keadaan dia apabila dia batuk secara berterusan. Kesian betul kat dia. Entah apa yang dia rasa aku tidak tahu. Tapi tengok dadanya berombak laju dan suaranya hampir hilang akibat batuk, tidurnya yang terganggu membuatkan aku betul-betul risau dan sedih. Sedih sesangat dan tercari-cari apalah salah aku dalam menjaganya sehinggakan dia mendapat sakit.

Ya Allah..kau sihatkan kembali anakku ini. Dia tidak berdosa dan dia masih kecil untuk menanggung semua penderitaan ini. Aku tahu kamu amat pengasih dan penyayang. Makbulkanlah doa ku ini.

Thursday, 21 July 2011

Hati yang terluka

Hatiku luka lagi buat sekian kali
mungkin tidak kau sedari
Namun ianya retak seribu
Airmata membasahi pipi
Memberikan aku kekuatan dan ketenangan
Menjadi ubat mengubati luka ini
Menyapu nanah-nanah kedukaan
Menutupi luka yang kau buat
Namun luka yang telah berulangkali kau buat
Tetap meninggalkan kesan
Membuatkan aku dan kamu jauh
Dan jurang itu tidak bisa aku rapatkan lagi
Andainya ianya dirapatkan
Rekahan itu akan tetap kelihatan
Dan oleh itu aku pohon
Jangan kau lukai hati ini lagi...

Tuesday, 19 July 2011

Berbeza

Kita memang berbeza
berbeza dari segi zahir dan batin
berbeza keperluan dan kehendak
namun hati kita tetap bersatu
namun kasih mu tetap pada diri ini
keegoan ku kamu patahkan
kekuranganku kamu penuhi
kelebihanku kamu imbangi
dan kerana itu kita saling memerlukan
dan dari semua itu lahirlah kasih sayang
hasil dari kasih sayang yang terpupuk itu
lahirlah 3 lambang cinta
semoga seandainya ada lagi kehidupan lain
kita tetap bersatu

Sunday, 17 July 2011

Hidup penuh liku..
jalan penuh duri
boleh ditempuhi dan diredahi
namun tak semuanya dilalui dengan senyuman
kekadang dan seringkali tangisan mengiringi
namun semua itu tidak mematahkan semangat ini
seandainya kamu di sisi

renungan dan sinar matamu
memberikan aku kekuatan dan semangat
seandainya semua itu pudar
entah kemana akan ku bawa diri ini

ku pohon pada tuhan agar kita semua akan terus bersama
bersama menempuhi kedukaan dan kegembiraan ini
apa jua panahan yang bisa meruntuhkan
hubungan ini biarlah ia
kerana kita hubungan ini terjalin daripada keredaannya

kedukaan, kesusahan dan kegembiraan
sebenarnya rencah yang memberikan rasa dalam ikatan ini
semoga kepahitan itu akan ada kemanisannya.

Thursday, 7 July 2011

pergorbanan @ terkorban

Semalam semasa memandu ke pejabat aku ada mendengar hot fm dengan topik pergorbanan..sedihnya dengar kaum wanita yang berkorban dan terkorban ya...sabar ajelah..itu mungkin nasib korang, nasib aku belum tahu lagi. Hati lelaki bukannya kita tahu dan sentiasa berubah. Hanya tuhan yang mengetahuinya.

Sebenarnya, percaya @pun tidak semua orang tidak kira lelaki @pun perempuan pernah berkorban. Tak kiralah kita isteri, kawan, anak, ibu ataupun apa sahaja statusnya. Pergorbanan itu tak kiralah sama ada ianya kecik ataupun besar. Yang penting ianya adalah pergorbanan. Kalau seorang isteri yang menjaga anak yang sakit seorang diri pada waktu malam sedangkan si suami lena diulit mimpi. Itupun dinamakan pergorbanan. Seorang surirumah mungkin bukan penyumpang pada ekonomi rumah tangga ikut pandangan kasar tp mereka tetap menyumbang sebenarnya...tengahhari pada suami yang dekat aje tempat kewrja dengan rumah boleh balik rumah, anak2 tak perlu dihantar ke nursery@upah orang jaga, menghantar dan mengambil anak2 ke sekolahpun kadang2 mereka yang buat, itu sudahpun menjimatkan duit belanja keluarga. Kadang-kadang bila difikirkan kembali sebenarnya kaum wanita yang bekerja dan tidak bekerja adalah sama sahaja sumbangannya pada keluarga. Kalau bekerja perlu keluarkan duit untuk itu dan ini dan kalau tak bekerja save itu dan ini. Entahlah terpulang kepada masing-masing percaturan sebenarnya.

Siapa cakap pergorbanan itu sebenarnya menyakitkan. Ianya kekadang sesuatu yang indah terutama sekali pergorbanan ibu dan ayah dalam membesarkan anak dan pergorbanan ini akan menjadi kenang kenangan buat mereka apabila tua dan mereka juga akan mengalirkan airmata kegembiraan bila si anak berjaya hasil daripada pergorbanan mereka. Tapi kekadang ianya akan bertukar menjadi pergorbanan yang mengalirkan airmata kedukaan bila si anak derhaka dan menyakitkan hati. pergorbanan ini akan dibalas dengan seksaan samada secara batin ataupun zahir yang membuatkan si ayah dan ibu merasakan mereka telah terkorban..terkorban zaman muda mereka untuk membesarkan anak-anak. Payah betul pergorbanan ini.